Tuesday 10 February 2015

Ahli-ahli KESKA yang dikasihi sekalian,

Feeling Stress kerja?
RMK11? OE? DE? Re-Org? Research Paper? Laporan? Program Outreach? Paper Work? Tender/Sebut Harga? Minit Mesyuarat?...

Rileksss….

Sukacita dimaklumkan bahawa KESKA akan menganjurkan program LAWATAN SAMBIL BELAJAR  pada 30 April 2015 – 3 Mei 2015 (4D3N) ke Ho Chi Minh Vietnam. Di kesempatan ini, maka bolehlah menikmati bandar bersejarah, melihat cara hidup dan budaya berlainan di samping tempat yang ideal utk shopping Raya.. Jadi, inilah masanya…..

Berapa Harga? Mahal tak?
Kos Penyertaan adalah RM 1600/pax sahaja dan ini termasuk Tiket Penerbangan MAS (bukan business class yeh), Hotel 3*, Meal, Pengangkutan Darat, Tour Guide dan lain-lain. Hanya bawa wang lebih untuk belanja shopping shj..
Full Itinerary dilampirkan
(Group discount applied if sambutan ramai. Lagi ramai, laaaagi bagus!!).

Tak Cukup Bajet? Jangan risau…
KESKA amat berprihatin dan menawarkan pembayaran secara berperingkat.
Jadi, peserta boleh membuat bayaran:
i.             RM 500 as deposit bila mendapat gaji Feb
ii.           RM 500 lagi bila mendapat gaji Mac
iii.          RM 600 lagi bila mendapat gaji April

Pakej 4 Hari 3 malam? Banyak Hari Cuti kena apply?
Hanya perlu memohon 1 hari Cuti Rehat sahaja memandangkan ada cuti am Hari Pekerja dan Hari Wesak. Jadi, boleh dapat 5 hari cuti!! Yeayy!!!!

Ahli KESKA aje ke? Family boleh ikut?
Boleh.. harga sama jugak

Dateline Pendaftaran kepada urusetia KESKA?
Sila daftar sebelum 10hb Mac 2015.. untuk tujuan nak confirmkan tiket penerbangan dahulu. 
PIC: En. Mohd Helmy Hashim atau Pn. Nursyamsida Abd Rahim atau En. Ooi.


Nikmati keunikan Vietnam kali ini

Kalau terlepas peluang, entah nak tunggu sampai bila lagi?