Friday 3 April 2015




Ahli-ahli KESKA yang dikasihi sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa MOSTI akan menganjurkan Temasya Sukan Inter Jabatan/Agensi MOSTI 2015, bermula pada 18 April – 13 Jun 2015. Sebanyak 10 jenis sukan akan dipertandingkan iaitu Futsal, Golf, Badminton, Pingpong, Bola Tampar, Bola Jaring, Bowling, Sepak Takraw, Bola Sepak dan Tenis.

Satu Majlis penutup akan disempurnakan oleh YB Menteri MOSTI pada 13 Jun 2015, bertempat di SIRIM Shah Alam 

Senarai Penyertaan ANGKASA seperti berikut:


1.
Futsal

Tarikh:      18 April 2015
Masa:       9:00 pagi - 6:00 petang
Tempat:    Sport Planet Ampang,
                Lot 26476, Jalan Memanda 9, Ampang Point, E12, Ampang Jaya,
                68000, Selangor

Pemain

Mohamad Hamka Bin. Muslim (Pengurus)
Ahmad Ammar bin Ahmad Termizi
Mohd Khalid B. Shamsuddin
Mohammad Fairuz Bin. Abu Bakar
Mohd Shukri Bin Mohd Saad
Ahmad Rosli Bin. Aziz
Mohd Hafiz Johar
Mohd Ridhuan Bin Ismail
Husni Najib Mat Latif



2.
ping pong

Tarikh:      25-26 April 2015
Masa:       9:00 pagi - 6:00 petang
Tempat:    Aras 2, Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya.


Pasukan Perempuan

Nur Aishah Mat Yusoff (Pengurus)
Asmidar Zainol
Siti Aisyah bt Mahadi
Sholehah Ismail



3.
GOLF

Tarikh:      16 Mei 2015
Masa:       7.30 am
Tempat:    Impian Golf and Country Resort,  Kajang Selangor


Pemain

Dr. Noordin Ahmad
En. Maszlan Ismail




4.
BOWLING

Tarikh:      17 Mei 2015
Masa:       1:00 petang - 5:00 petang
Tempat:    Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid.


Pasukan Perempuan

Siti Farasahida bt Jamil (Pengurus)
Zahira Mohd Radzi
Noor Syahida bt Ariffin
Sholehah Ismail

Pasukan Lelaki

Dr. Noordin Ahmad
Maszlan Ismail
Shahrizal Ide Moslin
Ooi Wei Han



5.
bola jaring

Tarikh:      23 Mei 2015
Masa:       8.00 pagi
Tempat:    Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
                Jalan Sungai Merab, 43000 Kajang Selangor 


Pemain

Noor Hidayah Tauhid Ahmad (Pengurus)
Nor Rafidah Saibaka
Nur Aishah Mat Yusoff
Siti Aisyah bt Mahadi
Siti Nur Ziana bt Md Saleh
Siti Farashida Jamil
Nurfarhana bt Md Nor
Asnor Nadirah Ishak
Nur Aida bt Mohd Lana
Rozani Ezrina Sarbini
Zahira Mohd Radzi




Ini kalilah.. melaungkan nama ANGKASA di peringkat MOSTI…All the best

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi AJK Biro Sukan: En Gadaffi


Thursday 2 April 2015






















Nak cari pendapatan sampingan? Nak promosi perusahanan makanan sendiri?


Di sini jawapannya!!!

Untuk makluman, KESKA sedang berusaha mewujudkan peluang untuk menjalankan perniagaan sampingan kepada ahli-ahlinya di Pusat Angkasa Negara (PAN) menerusi penubuhan platform - Bajet Food Corner (BFC).

Untuk apa?

1.     Pendedahan awal kepada ahli KESKA terhadap asas dunia perniagaan;
2.    Menyediakan platform kepada ahli KESKA untuk menambahkan pendapatan sampingan;
3.    Memberi ruang untuk mempromosi sesuatu barangan atau produk makanan;
4.    Sebagai alternatif pilihan kepada warga KESKA di PAN itu sendiri untuk mendapatkan kudapan dan makanan/ minuman di pejabat

Macam mana nak berniaga sambil bekerja? Nanti Bos marah! SKT tak tercapai pulak nanti!

Macam ni…

BFC di PAN akan dilakukan secara integriti iaitu menerui konsep Letak, Tinggal, Pungut (LTP). Produk barangan akan diletakkan di atas platform BFC bersama tanda harga. Jangan lupa bekas kosong /tabung untuk pelanggan letakkan duit berdasarkan harga yang ditetapkan (kecualilah kalau barangan dan produk tu nak diberi secara percuma… hehehe..). Boleh juga kalau nak letak risalah produk yang dijual tu untuk tujuan promosi. Produk boleh diletak seawal 7.30 pagi dan dipungut semula selewat 5.30 petang. Sementara tu, bolehlah kita menjalankan tugas-tugas hakiki seperti mana biasa. Amanah tu!

Tapi sendiri mahu ingat, oleh kerana platform BFC ini dibuat secara integriti, KESKA tidak akan menanggung segala risiko kehilangan, kekurangan, kecurian dan barangan rosak. Sebaliknya, pemilik/pengurus produk harus bertanggung jawab sepenuhnya terhadap barangan yang akan dijual di platform BFC tersebut terutama dari segi kesegaran, rupa bentuk dan kebersihan serta dijamin Halal. Produk tembakau tak boleh tau!

Integriti? Boleh percaya ke?

Semestinya ANGKASA sangat beruntung kerana mempunyai kakitangan yang jujur dan amanah. Ayuh semua! Jangan sekali-kali khianati kepercayaan ini. Ingat, Allah sentiasa memerhati kita kan?

Di mana BFC ni?

Produk barangan yang ingin dipasarkan akan diletakkan di platform BFC yang terletak bersebelahan vending machine air minuman di cafeteria bangunan ADA. Pelanggan boleh terus duduk dan makan secara tertib di kafeteria tersebut selepas dapatkan makanan kegemaran anda sebelum kembali semula menjalankan tugas.

Berminat nak joint? Nanti dulu!!!

Kajian harus dijalankan terlebih dahulu terutama terhadap sambutan perniagaan menerusi BFC ni. Nak tengok dulu ada produk tak yang ingin dijual? Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat, boleh lah respons email ini kepada saya. Jangan lupa peruhkan butiran di bawah sebelum 10 April 2015!.

1.  Nama:
2.  Unit:
3.  Kad Pengenalan:
4.  No Tel. Sambungan Pejabat:
5.  No. Tel. HP:
6.  Produk makanan:

“Perniagaan itu Sunnah”