Tuesday 29 March 2016




Majlis  penyampaian sumbangan ikhlas diadakan di Pusat Angkasa Negara kepada ahli KESKA yang telah kehilangan ahli keluarga terdekat.
Kepada ahli yang telah membuat bayaran yuran tahunan kelab 2016, sila tuntut pelekat kenderaan rasmi jabatan secara PERCUMA dari AJK kelab. Bayaran RM5 akan dikenakan bagi setiap pelekat tambahan.
kepada ahli keska yang memenuhi kriteria, boleh berhubung mana-mana AJK untuk mendapatkan sumbangan ikhlas berkenaan.

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera Y.Brs Dr KP, pengarah-pengarah, Ketua-ketua Unit dan ahli KESKA yang saya muliai sekalian,

Anda Boring?

Anda Tension?

Nak kan cabaran?

Nak uji keberanian?

Nak cuba pengalaman baru?

Stalagmit tu apa?

Stalagtit apa pulak?

Betul ke anda percayakan rakan seANGKASA anda?

Betul ke rakan seANGKASA anda percayakan anda?

Jom! Kita joint Program “Gua Caya Sama Lu” .

Program “Gua Caya Sama Lu” ni adalah program anjuran KESKA yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim melalui aktiviti penerokaan gua di Gua Tempurung.Gua Tempurung adalah gua batu kapur yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu sejauh 1.9 km yang teletak di Negeri Perak Darul Redzuan.

Menerusi program ini, kita dapat melihat keindahan stalagmit dan stalaktit yang terdapat di dalam gua ini serta merasai pengalaman penerokaan yang pastinya akan mencabar fizikal dan mental. Pergerakan dalam ruang yang sempit, kadangkala gelap dan berliku pastinya kita dapat memahami dan menghargai akan kepentingan semangat kepercayaan dan setiakawan!
  
Bila tu?

9 April 2016 (Sabtu). Kita gerak jam 8.30 pagi dari Pusat Angkasa Negara. Balik jam 4.00 petang. Hari Ahad, kita berehat dan bersedia untuk kembali bertugas dengan penuh semangat!

Apa nak dibawa? Kelengkapan?

Berikut adalah keperluan dan peralatan aktiviti yang diperlukan:
-      Pakaian sukan
-      Kasut getah (selipar tidak digalakkan)
-      Lampu picit (lampu kepala digalakkan)
-      Pad lutut (jika ada)
-      Beg Sandang (untuk mengisi barang keperluan peribadi)
-      Pakaian bersih (untuk persalinan)
-      Tuala
-      Air mineral
Siapa yang boleh pegi?

Ahli KESKA yang berdaftar, sihat fizikal dan tubuh badan.

Berapa bayaran?

Hanya RM20.00 sahaja! Dapat pengalaman tour 3 jam 30 minit! Sarapan, Makan Tengah hari dan Kenderaan KESKA sponsor yeop! Jangan cakap abang tak payung!

Yang Bukan Ahli KESKA boleh ikut tak?

Boleh! Bayaran RM45.00 dikenakan. Terhad kepada peserta berumur 15 tahun ke atas (pengawasan minimum dan mesti diiringi oleh Ahli KESKA, sihat fizikal dan tubuh badan.

BERMINAT??? JOM!!

Beri nama, maklumat dan boleh buat pembayaran kepada Puan Nursyamsida Abd Rahim (EO kita).Sebelum 1 April 2016 tau!!!


Cepat! Cepat!

Salam Ceria!! Terima kasih!!

MOHD HELMY BIN HASHIM
Biro Kebajikan dan Sosial
KESKA







Tuesday 8 March 2016












Assalamualaikum Wbt Dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa TAZKIRAH BULANAN DAN PROGRAM SOLAT GERHANA MATAHARI anjuran BKP dengan kerjasama KESKA Dan PUSPANITA ANGKASA telah diadakan sebagaimana butiran berikut :-

          TARIKH      :         9 MAC 2016 (RABU)
MASA         :         8. 00 PAGI 
TEMPAT      :         RUANG PAMERAN
                             MES PEGAWAI 
                             PUSAT ANGKASA NEGARA

http://mrmackenzie.co.uk/wp-content/uploads/2015/03/eclipse_galsses.jpg