Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sukan KESKA telah menganjurkan Program Walkathon pada 20 Mei 2016 (Jumaat), 8.30 pagi di Pusat Angkasa Negara Banting. Program ini dapat menggalakkan ahli KESKA
khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk
menjadi lebih sihat dan cergas. Ia juga mendedahkan ahli KESKA dengan kawasan
persekitaran Pusat Angkasa Negara, Banting.