KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN AGENSI ANGKASA NEGARA atau KESKA telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berdaftar di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 27 Jun 2012. Dengan pendaftaran ini, KESKA telah diberikan nafas baru untuk beroperasi sebagai pertubuhan awam  

Tujuan dan matlamat KESKA ditubuhkan adalah seperti berikut:

  1. Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan
  2. Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara
  3. Menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri
  4. Menganjurkan program dan aktiviti kesihatan dengan tujuan melahirkan masyarakat yang sihat
  5. Memupuk nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dan orang-orang dewasa bagi melahirkan generasi yang berhemah tinggi

Keahlian kelab adalah terbuka kepada semua penjawat awam di Agensi Angkasa Negara