Terbuka kepada Ahli Keluarga KESKA yang ingin memulakan perniagaan di KIOSK Makanan Planetarium Negara


PERATURAN BERNIAGA/MENJUAL DI KIOSK MAKANAN PLANETARIUM NEGARA KUALA LUMPUR

1.       Makanan / Minuman 
i.                     Makanan yang dibenarkan untuk dijual hanya makanan kering dan yang telah siap dipek seperti keropok, kerepek, kacang, burger, hotdog dan nugget. Kerja-kerja memasak di premis jualan adalah dilarang sama sekali.
ii.                   Makanan yang telah siap dimasak (masakan bergoreng / berkuah) seperti nasi lemak, nasi goring, mi goring dan lain-lain adalah tidak dibenarkan.
iii.                  Penjualan manisan seperti puding dan agar-agar adalah dibenarkan dengan syarat manisan tersebut perlu diletakkan di dalam bekas tertutup.
iv.                 Penjualan buah-buahan potong adalah dibenarkan dengan syarat ia hendaklah dipotong terlebih dahulu dan diletakkan di dalam plastik.
v.                   Minuman yang dibenarkan untuk dijual adalah minuman dalam tin, botol plastik atau kotak sahaja dan masih belum mencapai tarikh luput.

2.       Pematuhan berniaga di kiosk makanan Planetarium Negara
i.                     Penyewa dikehendaki mematuhi kriteria makanan / minuman yang hendak dijual seperti yang dinyatakan di atas sahaja. Semua jenis makanan / minuman yang dijual hendaklah HALAL.
ii.                   Makanan dan minuman yang dijual mestilah dipastikan dalam keadaan bersih selamat digunakan. Sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini (keracunan makanan, kemudaratan dan sebagainya) kepada pelanggan, ia adalah di bawah tanggungjawab peniaga dan pihak KESKA dan Planetarium Negara adalah tidak terlibat sama sekali dalam perkara tersebut.
iii.                  Penyewa adalah bertanggungjawab di atas kebersihan kawasan sekitar premis jualan dan diwajibkan untuk menyediakan tong sampah bagi memastikan kawasan peniagaan berada dalam keadaan bersih sebelum, semasa dan selepas perniagaan dijalankan.
iv.                 Memastikan segala peralatan dan kemudahan jualan di dalam keadaan yang sempurna dan disimpan dengan kemas pada setiap kali selesai perniagaan.
v.                   Peniaga dikehendaki sentiasa memakai pakaian yang menunjukkan identity perniagaan / seragam (branding), berpenampilan kemas dan menjaga imej serta kebersihan diri.
vi.                 Sebarang aktiviti memasak / merebus / menggoreng makanan dan memotong buah-buahan di premis jualan adalah DILARANG sama sekali.
vii.                Merokok adalah DILARANG sama sekali di sekitar premis jualan.
viii.              Penggunaan paku/skru pada dinding dan kelengkapan premis jualan adalah dilarang sama sekali.
ix.                 Pengubahsuaian fizikal luar/dalam premis jualan adalah dilarang sama sekali.
x.                   Penyewa mesti menjalankan aktiviti penjualan makanan/minuman pada setiap hari (kecuali Isnin) dan waktu peniagaan bermula dari 9.00 pagi- 5.00 petang. Penyewa hendaklah memohon kebenaran secara bertulis daripada pengurusan KESKA bagi memohon lanjutan masa berniaga.
xi.                 Penyewa mestilah menjalankan perniagaan samada di premis jualan atau di lokasi berlangsungnya program yang dijalankan di Planetarium Negara. Waktu perniagaan adalah mengikut wakti program berlangsung atau atas arahan Pihak Pengurusan.
xii.                Pihak KESKA / Planetarium Negara berhak memasuki premis jualan penyewa tanpa memberi notis pemberitahuan dari masa ke semasa sepanjang tempoh penyewaan.
xiii.              Pihak Pengurusan berhak membuat keputusan membatalkan sewaan tanpa memberi sebarang alasan sekiranya pihak penyewa tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.