Tuesday, 29 March 2016

Kepada ahli yang telah membuat bayaran yuran tahunan kelab 2016, sila tuntut pelekat kenderaan rasmi jabatan secara PERCUMA dari AJK kelab. Bayaran RM5 akan dikenakan bagi setiap pelekat tambahan.
kepada ahli keska yang memenuhi kriteria, boleh berhubung mana-mana AJK untuk mendapatkan sumbangan ikhlas berkenaan.

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera Y.Brs Dr KP, pengarah-pengarah, Ketua-ketua Unit dan ahli KESKA yang saya muliai sekalian,

Anda Boring?

Anda Tension?

Nak kan cabaran?

Nak uji keberanian?

Nak cuba pengalaman baru?

Stalagmit tu apa?

Stalagtit apa pulak?

Betul ke anda percayakan rakan seANGKASA anda?

Betul ke rakan seANGKASA anda percayakan anda?

Jom! Kita joint Program “Gua Caya Sama Lu” .

Program “Gua Caya Sama Lu” ni adalah program anjuran KESKA yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim melalui aktiviti penerokaan gua di Gua Tempurung.Gua Tempurung adalah gua batu kapur yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu sejauh 1.9 km yang teletak di Negeri Perak Darul Redzuan.

Menerusi program ini, kita dapat melihat keindahan stalagmit dan stalaktit yang terdapat di dalam gua ini serta merasai pengalaman penerokaan yang pastinya akan mencabar fizikal dan mental. Pergerakan dalam ruang yang sempit, kadangkala gelap dan berliku pastinya kita dapat memahami dan menghargai akan kepentingan semangat kepercayaan dan setiakawan!
  
Bila tu?

9 April 2016 (Sabtu). Kita gerak jam 8.30 pagi dari Pusat Angkasa Negara. Balik jam 4.00 petang. Hari Ahad, kita berehat dan bersedia untuk kembali bertugas dengan penuh semangat!

Apa nak dibawa? Kelengkapan?

Berikut adalah keperluan dan peralatan aktiviti yang diperlukan:
-      Pakaian sukan
-      Kasut getah (selipar tidak digalakkan)
-      Lampu picit (lampu kepala digalakkan)
-      Pad lutut (jika ada)
-      Beg Sandang (untuk mengisi barang keperluan peribadi)
-      Pakaian bersih (untuk persalinan)
-      Tuala
-      Air mineral
Siapa yang boleh pegi?

Ahli KESKA yang berdaftar, sihat fizikal dan tubuh badan.

Berapa bayaran?

Hanya RM20.00 sahaja! Dapat pengalaman tour 3 jam 30 minit! Sarapan, Makan Tengah hari dan Kenderaan KESKA sponsor yeop! Jangan cakap abang tak payung!

Yang Bukan Ahli KESKA boleh ikut tak?

Boleh! Bayaran RM45.00 dikenakan. Terhad kepada peserta berumur 15 tahun ke atas (pengawasan minimum dan mesti diiringi oleh Ahli KESKA, sihat fizikal dan tubuh badan.

BERMINAT??? JOM!!

Beri nama, maklumat dan boleh buat pembayaran kepada Puan Nursyamsida Abd Rahim (EO kita).Sebelum 1 April 2016 tau!!!


Cepat! Cepat!

Salam Ceria!! Terima kasih!!

MOHD HELMY BIN HASHIM
Biro Kebajikan dan Sosial
KESKA







Tuesday, 8 March 2016












Assalamualaikum Wbt Dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa TAZKIRAH BULANAN DAN PROGRAM SOLAT GERHANA MATAHARI anjuran BKP dengan kerjasama KESKA Dan PUSPANITA ANGKASA telah diadakan sebagaimana butiran berikut :-

          TARIKH      :         9 MAC 2016 (RABU)
MASA         :         8. 00 PAGI 
TEMPAT      :         RUANG PAMERAN
                             MES PEGAWAI 
                             PUSAT ANGKASA NEGARA

http://mrmackenzie.co.uk/wp-content/uploads/2015/03/eclipse_galsses.jpg







Monday, 15 February 2016











YBrs. Dr/Tuan/Puan yang dirahmati sekalian,
  
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Khidmat Pengurusan, ANGKASA dengan kerjasama KESKA Dan PUSPANITA ANGKASA akan mengadakan Tazkirah Bulanan sebagaimana ketetapan berikut:-
              Tarikh            :      26 Februari 2016 (Jumaat)                      
              Masa              :      8.45 Pagi
              Tempat          :      Bilik Theater, FKM
                                                     Pusat Angkasa Negara

Sehubungan dengan itu, Warga ANGKASA adalah dijemput hadir ke sesi Tazkirah tersebut disamping dapat menghayati ilmu Allah SWT yang maha luas...

Jom kita  BERAMAI-RAMAI ke Majlis Taman-Taman Syurga....




Sunday, 20 December 2015

Semua ahli-ahli KESKA dijemput hadir..

Monday, 6 July 2015


Sampul Raya Angkasa 2015 Edisi Terhad !!!!




Sudah semestinya dengan Sampul Raya Angkasa 2015 Edisi Terhad  ini, anda akan tampak lebih anggun, segak dan bergaya dalam meraikan syawal kali ini. Dan yang penting, dapat mempromosi ANGKASA kepada rakan taulan dan sanak saudara di samping berbuat kebajikan.

Jangan risau!!! Sampul Raya Angkasa 2015 Edisi Terhad  ini juga sesuai untuk dimasukkan note RM pecahan sebahagian dari elaun Raya RM500 anda!

Dan…

Harganya berpatutan: RM 10.00 untuk 4 paket (10 sampul/paket)
(Note: Hanya jual dalam bundle 4 paket & tunai sahaja, tidak jual runcit-runcit ye!)

Sila berhubung dengan pegawai berkenaan untuk tempahan dan bayaran:
i.             Aida / Syamsida – staf bangunan ADA
ii.            Azrin / Helmy – staf FKM / AIT
iii.           Zulhibabullah – staf PN
iv.          Rafidah – staf ONL

Barang akan Free Shipping pada minggu 6hb July.
Siapa cepat dia dapat!

P/S Kami hanya jual Sampul Raya Angkasa 2015 Edisi Terhad  . Kami tak jual sekali dengan isinya. Isinya perlu diletakkan sendiri. Hehehehe…

Cepat! Cepat!

Salam Ceria!! Terima kasih!!

MOHD HELMY BIN HASHIM
Biro Kebajikan dan Sosial