Thursday, 30 October 2014





Terbuka kepada semua staf yang  berkhidmat/pernah berkhidmat di Agensi Angkasa Negara serta ahli keluarga staf.

Tarikh: 7 November 2014 (Jumaat)
Masa: 7.00 pm 
Tempat: The Mines Playzone Wonder Bowl, Seri Kembangan 

Yuran Penyertaan: RM 84.00 untuk satu pasukan ( 3 pemain termasuk 1 pemain wanita)

Penyertaan daripada seluruh warga ANGKASA adalah dialu-alukan untuk sama-sama memeriahkan pertandingan ini disamping  dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli KESKA. 

Tarikh Tutup penyertaan: 6 Nov 2014 
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan En. Mohamad Gadafi bin Walat (gadafi@angkasa.gov.my), Tel: 03-3182 4023



akan datang pada December 2014..


KESKA war-warkan kepada semua Warga ANGKASA untuk menyertai program "Morib Fun Run 2014" yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 28 Disember 2014 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Pantai Morib, Kuala Langat, Selangor
Jarak: 5 km
Kos penyertaan: RM 10

Hadiah: Top 500 medal finishers dan wang tunai Top 10.

Tarikh tutup penyertaan: 19 Disember 2014 (atau 2000 penyertaan awal)
Borang penyertaan disertakan.

Monday, 1 September 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Kajikan dan Sukan ANGKASA (KESKA) telah diadakan pada 21 Julai 2014 (Isnin), 10.00 pagi bertempat di Auditorium Agensi Angkasa Negara, Banting. 

Presiden KESKA iaitu En. Adhwa Amir Tan telah membentangkan laporan aktiviti program dan status kewangan sesi 2012-2013. Dalam pada itu juga, pelantikan AJK KESKA yang baru untuk sesi 2014-2016 telah berjaya dilangsungkan. 


Muat Turun Laporan Penuh