Thursday, 2 April 2015






















Nak cari pendapatan sampingan? Nak promosi perusahanan makanan sendiri?


Di sini jawapannya!!!

Untuk makluman, KESKA sedang berusaha mewujudkan peluang untuk menjalankan perniagaan sampingan kepada ahli-ahlinya di Pusat Angkasa Negara (PAN) menerusi penubuhan platform - Bajet Food Corner (BFC).

Untuk apa?

1.     Pendedahan awal kepada ahli KESKA terhadap asas dunia perniagaan;
2.    Menyediakan platform kepada ahli KESKA untuk menambahkan pendapatan sampingan;
3.    Memberi ruang untuk mempromosi sesuatu barangan atau produk makanan;
4.    Sebagai alternatif pilihan kepada warga KESKA di PAN itu sendiri untuk mendapatkan kudapan dan makanan/ minuman di pejabat

Macam mana nak berniaga sambil bekerja? Nanti Bos marah! SKT tak tercapai pulak nanti!

Macam ni…

BFC di PAN akan dilakukan secara integriti iaitu menerui konsep Letak, Tinggal, Pungut (LTP). Produk barangan akan diletakkan di atas platform BFC bersama tanda harga. Jangan lupa bekas kosong /tabung untuk pelanggan letakkan duit berdasarkan harga yang ditetapkan (kecualilah kalau barangan dan produk tu nak diberi secara percuma… hehehe..). Boleh juga kalau nak letak risalah produk yang dijual tu untuk tujuan promosi. Produk boleh diletak seawal 7.30 pagi dan dipungut semula selewat 5.30 petang. Sementara tu, bolehlah kita menjalankan tugas-tugas hakiki seperti mana biasa. Amanah tu!

Tapi sendiri mahu ingat, oleh kerana platform BFC ini dibuat secara integriti, KESKA tidak akan menanggung segala risiko kehilangan, kekurangan, kecurian dan barangan rosak. Sebaliknya, pemilik/pengurus produk harus bertanggung jawab sepenuhnya terhadap barangan yang akan dijual di platform BFC tersebut terutama dari segi kesegaran, rupa bentuk dan kebersihan serta dijamin Halal. Produk tembakau tak boleh tau!

Integriti? Boleh percaya ke?

Semestinya ANGKASA sangat beruntung kerana mempunyai kakitangan yang jujur dan amanah. Ayuh semua! Jangan sekali-kali khianati kepercayaan ini. Ingat, Allah sentiasa memerhati kita kan?

Di mana BFC ni?

Produk barangan yang ingin dipasarkan akan diletakkan di platform BFC yang terletak bersebelahan vending machine air minuman di cafeteria bangunan ADA. Pelanggan boleh terus duduk dan makan secara tertib di kafeteria tersebut selepas dapatkan makanan kegemaran anda sebelum kembali semula menjalankan tugas.

Berminat nak joint? Nanti dulu!!!

Kajian harus dijalankan terlebih dahulu terutama terhadap sambutan perniagaan menerusi BFC ni. Nak tengok dulu ada produk tak yang ingin dijual? Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat, boleh lah respons email ini kepada saya. Jangan lupa peruhkan butiran di bawah sebelum 10 April 2015!.

1.  Nama:
2.  Unit:
3.  Kad Pengenalan:
4.  No Tel. Sambungan Pejabat:
5.  No. Tel. HP:
6.  Produk makanan:

“Perniagaan itu Sunnah”


0 comments:

Post a Comment